Surah Al Mulk adalah surah
keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya
dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di
zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas
menceritakan:"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di
atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur.
Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba
terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah
akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka,
sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu
diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda
bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia
menghindar pembacanya dari azab neraka."Meskipun begitu, Surah Al Mulk
juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan
sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:1. Abu Hurairah meriwayatkan
hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada
satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang
membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia
meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."2. Rasulullah
Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu
memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."3. Rasulullah
Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh
gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga
seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."4. Rasulullah
Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa
membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."5.
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke
dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan
Munkar Nakir.6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang
bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang
terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada
pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka
selamat masuk ke dalam Syurga."7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi
Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat
di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu
surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan
mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."8. Ulama
berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak
akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al
Mulk."9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan
pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari
kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang
mengamalkannya dari azab api Neraka."10. Saiyidina 'Ali berkata:
"Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari
kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi
Yusuf."11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk
terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa
mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan
itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada
pandangan makhluk."12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata:
"Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya,
nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa
Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala,
terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini
kerana ada surah Al Mulk."Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke
pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."