Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Pengorbanan seorang ayah dan ibu mencari rezeki kepada kita sangat bernilai. Bahkan ibu dan ayah tidak pernah meminta balasan kepada kita. Mereka sedar akan tanggungjawab mereka. Tetapi di sebalik itu ada balasannya juga . Berita gembira untuk suami /isteri yang bekerja mencari nafkah untuk keluarga
1-Dijanjikan pahala yang besar: Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: "Satu dinar yang kamu nafkahkan pada jalan Allah, satu dinar yang kamu nafkahkan untuk memerdekakan hamba, satu dinar yang kamu berikan kepada orang miskin, dan satu dinar yang kamu berikan kepada keluargamu, makan yang paling besar pahalanya iaitu dinar yang kamu nafkahkan kepada keluargamu. (Riwayat Muslim)
2-Mendapat doa malaikat: Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Setiap pagi ada dua malaikat datang kepada seseorang, di mana yang satu berdoa: "Wahai Allah, brikanlah ganti kepada orang yang menafkahkan hartanya." dan malaikat yang satu lagi berdoa: "Wahai Allah, binasakanlah harta orang yang kedekut." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
3-Nafkah yang paling utama: Dari Abu Abdullah tsauban bin Bujdud, pelayan Rasulullah s.a.w berkata bahawa Rasul ullah s.a.w bersabda: "Dinar yang paling afdhal adalah dinar yang dinafkahkan seseorang untuk keluarganya, dinar yang dinafkahkan pada kenderaan (untuk keperluan) di jalan Allah, dan dinar yang dinafkahkan untuk membantu kawan seperjuangannya di jalan Allah. (Riwayat Muslim)
4-Berdosa sekiranya tidak memberi nafkah pada tanggungannya: Sebagaimana hadis riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: Cukuplah seseorang itu dianggap berdosa, bila dia menahan makanan yang sepatutnya diberikan kepada orang yang menjadi tanggungannya."-solusi
Amat besar balasannya. Amat besar nilainya terhadap suami dan isteri.
Read more: http://www.adibsite.com/2012/11/balasan-untuk-suami-isteri-yang-bekerja.html#ixzz3GM7tAUtp